Kenalan - Panduan
Tak perlu merendah diri, kami tahu anda peramah dan nombor baharu asyik bertambah, mustahil hendak ingat semua orang, betul tak?
Setiap hari kita menyimpan nombor baharu, jadi biasalah kalau kadangkala kita terlupa nama yang kita beri kepada nombor yang diperlukan ketika itu.
Aplikasi Me memberi anda penyelesaian terbaik menerusi skrin kenalan yang serba baharu.
Kami membangunkan tab “kenalan” termaju yang membantu anda mencari kenalan yang dikehendaki dengan lebih pantas dan jimat masa.
Anda boleh menapis carian mengikut nombor yang baru disimpan lalu menemuinya dengan pantas, atau melihat kenalan yang menggunakan aplikasi ini sambil melihat kenalan bersama antara anda berdua. Selain itu, anda boleh menukar nama kenalan dengan mudah dan membuat panggilan hanya dengan satu leretan.
Jadi, jika anda sudah bosan dengan skrin kenalan lapuk pada telefon anda, tibalah masanya untuk menaik taraf.
Dalam artikel ini kami memperkenalkan semua ciri baharu yang boleh anda guna dan nikmati. Kalau sehingga kini anda tidak tahu kewujudannya, inilah masanya!
Jadi di manakah tab baharu yang hebat ini dalam aplikasi?
Buka Me → Pilih Telefon → kemudian pilih Kenalan
Tindakan pantas dalam tab Kenalan Me:
Untuk tindakan lain seperti menukar nama atau memadam kenalan, leret ke kanan. Contohnya:
Padam - Leret ke kiri dan pilih Padam.
Tukar nama kenalan - Leret ke kanan dan pilih “Tukar nama kenalan”.
Menarik skrin ke bawah akan membuka ruang carian untuk mencari kenalan melalui nama atau nombor.
Penapis dan susunan dalam tab Kenalan:
* Kenalan yang baru anda tambah.
* Kenalan yang menggunakan aplikasi Me.
* Akses pantas ke pad dail pengecam nombor dengan pintasan t9.
* Mengetik pada gambar sentiasa membawa anda terus ke profil nombor kenalan tersebut.

Gambar kenalan dan cantuman kenalan berganda!
caranya?
pergi ke tetapan aplikasi Me > ketik pada kenalan > kemudian pilih:

1. Penyegerakan Gambar Kenalan - sistem akan menyegerakkan gambar untuk kenalan anda dan mengemas kini kad kenalan pada telefon dengan gambar daripada Me.

2. Cantumkan kenalan berganda - tiada lagi kenalan berganda, sistem membolehkan anda mencari dan mencantumkan kenalan berganda secara automatik

Kami menjaga data anda - sandaran dan pemulihan kenalan: Sandar dan pulihkan
Ya! Kenalan Me turut menyokong mod gelap yang cantik - klik di sini untuk artikel penuh.
Sokongan mod pesawat - mod luar talian tanpa internet.
