Sekat nombor semudah itu.. berhenti menerima panggilan dan SMS! daripada nombor yang tidak diingini
Sistem baharu Me untuk menyekat nombor
Ciri ini percuma dan juga serasi dengan peranti iOS dan Android sekali gus!
Jika diam itu emas, menyekat pula adalah adunan emasnya
Adakah anda melalui seumur hidup tanpa pernah menyekat sesiapa?
Tahniah, sama ada anda orang paling bertuah di dunia, atau anda belum lagi bertemu orang yang keliru tentang konsep batasan dan suka menggunakan telefon untuk mengganggu kami yang malang ini.
Kalau bukan begitu, bermakna anda diperbuat daripada besi dan mempunyai kesabaran yang tidak berkesudahan.
Syabas kepada anda.
Apa pun, kebanyakan kita pernah berdepan situasi sebenar apabila kita terpaksa menghalang orang daripada menghubungi kita.
Tetapi apabila melibatkan komunikasi selular, kami ada di sini untuk memberikan penyelesaian bagi apa jua kesukaran,
sama ada pengenalan pemanggil, panggilan spam dan penipuan serta pencegahannya, dan banyak lagi ciri lain yang direka untuk keselesaan anda.
Kami menambah dua pilihan sekatan caller ID
baharu supaya anda boleh menyekat nombor telefon dengan mudah bagi sesiapa yang anda tidak mahu hubungi pada bila-bila masa.
Belum ada Me lagi? Muat turun sekarang

Cara menyekat atau menyahsekat nombor / pengguna Me:
Jika anda mahu menyekat kenalan atau nombor rawak sekalipun, anda perlu: buka aplikasi Me
ketik pada profil kenalan/nombor rawak untuk membuka → profil Me,
turun ke bawah dan ketik pada “Sekat Nombor”.
Selepas itu, satu tetingkap akan terbuka dengan dua pilihan sekatan:
- Sekat nombor - Nombor telefon itu tidak akan dapat menghantar mesej teks atau menghubungi anda.
- Sekat profil Me - Pengguna ini tidak akan dapat melihat profil anda dan begitu juga sebaliknya.
Sudah membuat keputusan untuk memberi seseorang peluang lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda dan mahu menyahsekatnya?
Ketik pada logo Me -> Tetapan-> Ketik pada Tetapan Sekatan-> Pilih nombor itu
“Nyahsekat Nombor”. atau sunting sekatan anda dengan meleret ke kiri
Cara menyekat nombor atau pengguna Me apabila panggilan tamat dari skrin ringkasan panggilan (Android sahaja)
Semoga kami dapat membantu anda
